Thursday, April 2, 2009

Ringkasan Keputusan Mesyuarat PP TSE Bil 2 2009

Salam Bahagia Tuan/Puan,

Disertakan untuk tindakan dan makluman pihak Tuan/Puan.

1. Aktiviti rondaan siang dan malam masih diteruskan. Rondaan malam dibuat secara sukarela. Warga TSE yang berminat untuk turut serta diminta menghubungi Setiausaha Persatuan. Urusan makan minum sepanjang tempoh rondaan akan disediakan oleh pihak persatuan sekiranya diperlukan.

2. Tiada sebarang kes pecah rumah dilaporkan buat masa ini. Pengerusi merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua penduduk yang terlibat dalam aktiviti rondaan malam secara sukarela di TSE.

3. Semua dokumen berkaitan Pendaftaran Persatuan telah dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Selangor di Wisma MBSA pada 02 Februari 2009. Maklum balas yang diterima melalui telefon memaklumkan kelulusan pendaftaran persatuan kebiasaannya mengambil masa 5 bulan untuk diluluskan.

4. Kedudukan kewangan persatuan adalah seperti di Lampiran 2.

5. Mesyuarat bersetuju melantik seorang lagi Penolong Bendahari iaitu En Jamil (Pegawai Maybank) agar urusan pembayaran yuran dipermudahkan kepada semua warga TSE. Warga TSE diminta mengambil inisiatif membayar yuran terus kepada Penolong Bendahari secara Bayaran Tunai atau menggunakan perkhidmatan Internet Banking.

6. Pengerusi memaklumkan kemungkinan resit bayaran yuran bulanan persatuan boleh digunakan untuk tujuan pengecualian cukai individu. Walau bagaimanapun, perkara ini perlu dirujuk kepada pihak yang berkenaan. .

7. Sambutan Hari Keluarga TSE 2009
i)Banner Hari Keluarga TSE telah siap dan dipasang di laluan masuk utama TSE.

ii)Mesyuarat dimaklumkan berkenaan aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam Hari Keluarga nanti. Mesyuarat khas AJK Persatuan dan AJK Hari Keluarga TSE telah bersetuju untuk mengadakan Hari Keluarga TSE pada hari Ahad 05 April 2009.

iii)Urusan sewaan khemah telah dibuat dengan menghantar surat kepada Penjara Kajang. Khemah dijangka akan dipasang pada Hari Sabtu 04 April 2009. Masa akan dimaklumkan kemudian bergantung kepada kehadiran pihak Penjara Kajang. Meja perlu disewa dengan pihak lain kerana pihak penjara tidak dapat menyediakan kemudahan tersebut.

iv)Mesyuarat dimaklumkan bayaran sebanyak RM150 perlu ditanggung oleh persatuan untuk tujuan penyewaan PA System.

v)Semua ahli yang hadir bersetuju dengan cadangan aktiviti yang dibentangkan.

vi)Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan bancian kehadiran ke majlis Hari Keluarga TSE melalui SMS dan semasa kutipan yuran bagi memudahkan urusan tempahan makanan dan minuman. Tindakan ini juga boleh mengelakkan pembaziran. Semua penduduk diminta memberi kerjasama dengan membalas SMS tersebut atau hantar SMS kepada Setiausaha Persatuan JARAK SMS ke 0192646960. Maklumat ini diperlukan selewat-lewatnya Jumaat jam 12 malam.vii)Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan pemilihan AJK baru TSE semasa Hari Keluarga nanti sekiranya kehadiran memuaskan.

8. Mesyuarat bersetuju untuk meminta wakil syarikat insurans hadir semasa Hari Keluarga TSE diadakan untuk memberi taklimat dan pendaftaran ahli TSE yang berminat menyertai Skim ini. Perkara ini akan dipanjangkan kepada Ustaz Abdullah.

9. Tangguh keputusan mesyuarat sebelum ini untuk menutup lorong belakang (keluar-masuk) di blok masing-masing kerana memberi keutamaan kepada sambutan Hari Keluarga TSE.

10. Tangguh keputusan mesyuarat sebelum ini untuk menutup laluan keluar masuk di sebelah rumah No 15 Jln Kajang Mulia 1 dan jalan di belakang nursery kerana memberi keutamaan kepada sambutan Hari Keluarga TSE.

11. Cadangan perkhidmatan kawalan keselamatan tidak dipersetujui kerana prestasi kutipan yuran yang kurang memuaskan. Cadangan ini mungkin akan dilaksanakan setelah mempunyai sumber kewangan yang stabil.

12. Pelekat kenderaan TSE untuk kereta dan motor boleh diperolehi daripada Wakil Persatuan iaitu En. Shaiful di talian 0133098822 dengan kos RM3 seunit.

13. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi bagi membolehkan urusan kutipan yuran dari rumah ke rumah dibuat. Mesyuarat seterusnya akan ditentukan kemudian.

Semua Dijemput Hadir Family Day TSE 2009 Ahad ini jam 7.30 pagi di depan Taman Permainan TSE.

Bayaran Yuran : Hubungi Pen. Bendahari (Jamil) : 019 238 9947
Pen. Bendahari (Ahmad Razali) : 019 371 2628

No comments: