Wednesday, March 18, 2009

Forum Baru TSE

Boleh register dan post apa apa subjek utnuk diperbincangkan. (Dalam Percubaan dan akan ditambahbaik dari masa ke semasa)

klik kt sini Forum Baru TSE

Wednesday, March 11, 2009

Mesyuarat AJK Hari Keluarga TSE 2009

Bil Ringkasan Keputusan/Makluman/Hebahan
1. Hari Keluarga TSE 2009 akan diadakan pada 05 April 2009 Ahad jam 7.00 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di depan Taman Permainan TSE. Semua dijemput hadir.

2. Mesyuarat bersetuju TIADA BAYARAN DIKENAKAN kepada semua warga TSE yang akan hadir ke HK TSE 2009. Peruntukan akan menggunakan duit kutipan yuran sedia ada.

3. Kutipan yuran rumah ke rumah akan dibuat pada 29 Mac 2009 selepas mesyuarat persatuan selesai. Semua penduduk diminta memberi kerjasama untuk memudahkan aktiviti kutipan yuran.

4. Sarapan pagi (2 botol air minuman dan 3 kuih untuk setiap keluarga), makan tengahari (Nasi Ayam Special-Buffet) untuk setiap keluarga yang terlibat akan disediakan oleh persatuan. Walaubagaimanapun, persatuan mengalu-alukan sekiranya mana-mana warga TSE berhajat untuk menyediakan makanan tambahan. Sila hubungi AJK persatuan untuk memudahkan urusan.

5. Majlis yang akan diadakan akan menggunakan konsep sederhana, gaya hidup sihat dan mesra penduduk. Tujuan utama adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita. Oleh itu, mohon rancang cuti atau aktiviti Tuan/Puan pada hari tersebut.

6. Aturcara Majlis yang dirancang adalah seperti berikut:
6.1 Warga TSE berkumpul di Taman Permainan jam 7.30 pagi.
6.2 Bacaan Doa dan Bertafakur.
6.3 Nyanyian lagu Negaraku.
6.4 Senamrobik Berirama.
6.5 Walk for Fun (Keluarga yang sampai dulu ke garisan penamat akan dipilih sebagai pemenang. Peta laluan adalah seperti di Lampiran 1)
6.6 Minuman ringan.
6.7 Sukaneka :
Kutip Gula-Gula (5 Tahun ke bawah)
Tiup dan Pecahkan Belon (6 – 9 Tahun)
Makan Epal (Ibu Pegang Epal, Bapa makan Epal)
6.8 Makan tengah hari (Nasi Ayam Buffet)
6.9 Ucapan Pengerusi Persatuan
6.10 Penyampaian Hadiah
6.11 Gotong-Royong Bersihkan Kawasan Sekitar.
6.12 Majlis dijangka Tamat pada jam 11.30 pagi.

7. Khemah akan dipasang pada hari Sabtu pagi di jalan 1 (Depan Taman Permainan) dan sumber elektrik akan disambungkan ke rumah En Norbit. Persatuan akan membiayai kos yang terlibat. Khemah akan dibuka pada hari Ahad petang. Semua dijemput hadir.

8. Warga TSE diminta memeriahkan majlis ini dengan membawa semua ahli keluarga untuk hadir termasuk sesiapa sahaja yang menetap di TSE. Tuan/Puan/Keluarga dengan segala hormatnya dijemput hadir.