Friday, July 3, 2009

Ringkasan Keputusan/Makluman/Hebahan Mesyuarat TSE Bil 3 2009

1. Aktiviti rondaan siang telah diberhentikan kerana tiada wakil yang berkelapangan. Rondaan malam dibuat secara sukarela setiap Jumaat malam atau Sabtu malam. Terima kasih kepada semua penduduk yang terlibat dalam aktiviti rondaan malam secara sukarela di TSE.

2. Dimaklumkan terdapat 3 kes pecah rumah berlaku di TSE melibatkan rumah En Jalal (Jln 3A), En Riduan (Jln 3A) dan Ustaz Faizal (Jln 2).

3. Kelulusan pendaftaran persatuan masih belum diperolehi. Tindakan susulan akan dibuat dengan merujuk kepada pihak yang terlibat.

4. Kedudukan kewangan persatuan adalah seperti di Lampiran 2(Akan diedarkan salinannya).

5. Mesyuarat dimaklumkan Bendahari TSE telah menyerahkan semua dokumentasi, buku akaun, wang tunai dan tugas beliau kepada En Ahmad Razali dan En Jamil untuk menjalankan tugas-tugas bendahari. Semua urusan pembayaran yuran boleh dibuat kepada Ketua Blok atau dengan menghubungi En Ahmad Razali dan En Jamil.

6. Mesyuarat TSE akan dilaksanakan secara tetap setiap bulan bagi memudahkan urusan kutipan yuran bulanan. Mohon kerjasama warga TSE menjelaskan tunggakan yuran bulanan bagi membolehkan aktiviti dilaksanakan terutamanya yang melibatkan keselamatan TSE.

7. Mesyuarat bersetuju Cadangan Pelaksanaan CCTV di TSE untuk memantau sebarang aktiviti atau mengesan jenayah di TSE dalam tempoh 24 jam setiap hari. Walaupun kes kecurian tidak dapat dielakkan sepenuhnya, TSE boleh membantu memudah penyiasatan polis dengan menyerahkan rakaman CCTV kepada pihak polis. Mesyuarat bersetuju agar makluman kepada warga TSE dibuat supaya warga TSE yang terlibat menjelaskan tunggakan yuran bulanan bagi membolehkan cadangan pelaksanaan CCTV di TSE dilaksanakan.

8. Mesyuarat bersetuju agar aduan berkenaan keperluan memasang pagar bagi Projek Pembangunan Rumah Kedai sebelah TSE dibuat kepada pihak kontraktor atau MPKJ jika berkenaan untuk tujuan keselamatan di TSE.

9. Mesyuarat dimaklumkan berkenaan cadangan untuk membina gelanggang serba guna di TSE bersebelahan dengan Taman Permainan TSE. Tujuannya adalah untuk memudahkan kegiatan sukan diadakan seperti bola tampar, bola jaring, bola keranjang dan futsal. Mesyuarat bersetuju agar cadangan ini ditangguhkan bagi membolehkan peruntukan sedia ada digunakan untuk pelaksanaan CCTV demi keselamatan di TSE. Walau bagaimanapun, sekiranya ada sumber kewangan yang mencukupi atau terdapat pihak yang ingin memberi sumbangan, cadangan ini boleh dilaksanakan pada masa akan datang.

Bayaran Yuran :
Hubungi Pen. Bendahari (Jamil B Kasim : 019 238 9947 Akaun Maybank 114254125483
(Sila SMS nama anda dan jumlah bayaran kpd en Jamil)
Pen. Bendahari (Ahmad Razali) : 019 371 2628