Wednesday, April 21, 2010

Sesi Latihan Badminton Warga TSE (23 April 2010)

Assalamualaikum wbkth../ Salam Sejahtera Tuan/Puan

Biro Sukan TSE menganjurkan Sesi Latihan Badminton pada hari Jumaat ini [23/04/2010] jam 10.30 malam sehingga 12.30 malam, court no - 10 Twin Sport Taman Jasmin (Berdepan dengan Toyota Service Center Jalan nak ke Semenyih). Kalau tak cukup boleh book 1 court lagi di sana bergantung berapa ramai yg turun.

Siapa yang berkelapangan dijemput hadir.

Tuesday, April 20, 2010

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Peristiwa Bersejarah Persatuan Penduduk TSE


Salam / Salam Sejahtera Tuan/Puan.

Terlebih dahulu saya mohon maaf blog kita sepi sepertimana sepinya aktiviti di TSE. Untuk makluman semua, semalam saya telah menerima panggilan telefon daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Selangor di Shah Alam untuk mengambil SIJIL PENDAFTARAN. Dengan sijil ini, Persatuan Penduduk Taman Saga Emas Kajang Selangor secara rasminya telah diperakukan sebagai suatu pertubuhan dibawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran 0576-SEL pada 10 MAC 2010.

Kita akan aktifkan semula TSE sebagaimana tahun 2009. Mesyuarat akan diadakan dalam masa yang terdekat kerana semalam ada kes pecah rumah yang terkini di taman kita. Saya sebagai setiausaha akan berbincang dengan pengerusi untuk mendapatkan tarikh mesyuarat.

Semoga TSE lebih SELAMAT, AMAN dan BAHAGIA...............