Tuesday, April 7, 2009

Coretan Family Day TSE 2009

Sekitar November 2008

Bermain-main di fikiranku....macam-macam hal nak difikirkan. tapi aku tertanya-tanya dalam hatiku hasrat mereka yang menghadiri mesyuarat taman untuk buat sambutan hari keluarga...Boleh ke ni semua baru pindah, muka pun baru nak kenal...masing-masing sibuk kemas rumah, renovate rumah....mungkin tak mustahil...

Januari 2009

Azam baru tahun baru....kalau nak diikutkan tugas aku di pejabat, memang tak lena tidur dibuatnya. Infra ICT untuk 1.2 juta peminjam dan 700,000 pendeposit dibawah tanggungjawab aku. Balik rumah kena tumpukan perhatian kepada anak-anak yang masih kecil bukan sorang tapi tiga orang puteri. Dilantik pula jadi Setiausaha TSE. Tak pa lah aku terima dulu, dah stabil nanti boleh serahkan kepada orang lain yang lebih berhak. aku cuba buat dulu apa yang termampu. jadi ker nak buat sambutan hari keluarga ni. Sudah berapa kali tarikh ditunda? Kedatangan ke mesyuarat pun semakin kurang sambutan. Boleh bertahan lagi ke persatuan ni.

Mac 2009

Sasaran baru sambutan Family Day pada 04 April 2009. Aku kena buat sesuatu. Tak boleh jadi ni, kena dapatkan bantuan rakan-rakan. Bermulalah aktiviti mesyuarat kat tepi jalan, mesyuarat semasa rondaan malam, mesyuarat kat kedai kopi bagaimana nak menjayakan Hari Keluarga TSE 2009. Aku kena buat semua ini sebab Pengerusi kita agak sibuk. Agak-agak berapa ramai yang akan terlibat sebab kehadiran ke mesyuarat pun tidak memuaskan. Azrul ni memang buat bisnes printing. "Hang tolong aku uruskan berkenaan banner kita naikkan awal sikit sebagai peringatan majlis kepada semua penduduk". Cikgu Din dan bro nizam menggunakan kepakaran masing-masing untuk uruskan pengisian aktiviti HK TSE. Bro epol pulak memang buat katering so job ni terus bagi kat dia dengan syarat harga berpatutan. "Abang Din Bengkel kena bantu uruskan Walk 4 fun, ok nohal dia kata".Hadiah akan diuruskan oleh Cikgu Zainab dan PA System diuruskan oleh En Jamil. En Razali tolong cikgu zainab uruskan kewangan persatuan dan nampaknya semuanya berjalan lancar. Apa yang penting kerjasama. Buat kerja ni pun untuk TSE sebenarnya bukan dapat komisyen pun.

April 2009

Bulan ni akan menentukan bagaimana warga TSE boleh menerima dan memberikan kerjasama kepada AJK yang dilantik. Kalau ramai yang hadir bermakna ianya satu kejayaan yang besar kepada persatuan ni. "Hello, ni saya nak maklumkan Khemah yang nak pinjam dari penjara tu saya dah usahakan, kerusi dan meja mana yang ada akan disediakan oleh pihak Penjara Kajang", alhamdulillah, dapatla sponsor sikit.

"Abang Fazli kita ada lori, kena minta bantuan dia untuk ambil dan hantar tambahan kerusi meja untuk family day ni", Dapat lagi satu sumbangan kalau tidak nak kena sewa lori pulak. Alhamdulillah.

"En Norbit kena tolong kami, khemah perlu dipasang disekitar kawasan taman permainan. Api air kena tarik dari sini, ok lah saya tiada masalah, cuma tolong saya kemas semula sekitar kawasan ni selepas majlis berakhir". Terima kasih En Norbit atas sumbangan anda.

Tepat jam 6.45am 05 April 2009 aku dah terpacak kat khemah, mana yang lain ni. pertama sekali aku mendongak ke langit bersyukur kerana cuaca pada hari ini agak baik. Aku siapkan pasang skirting yang dipinjam daripada mertuaku. Abang Din Bengkel pun sampai. Abang Din, tak pa settlekan dulu trek untuk walk for fun, kat sini saya akan settlekan, Ok". Kemudian tetamu mula hadir memnuhi khemah.

Program yang dirancang berjalan dengan lancar. Majlis bermula dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Hasbullah. "Ustaz, doa ni selitkan doa untuk keselamatan dan kesejahteraan taman kita, insyaallah". Seterusnya, memang tak pernah dibuat sebelum ini, semua yang hadir menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh bangga. Kaum Ibu, Bapa, Anak-anak, pemabntu rumah dan sesiapa saja yang hadir termasuk ibu mertuaku berkumpul di taman permainan untuk taklimat sebelum senamrobik. Boleh tahan jugak bila bersukan sekali sekala tapi nasib baik tiada yang kejang kaki. Terima kasih kepada Puan Sherry yang menyumbangkan kepakarannya tanpa apa-apa bayaran. Kalau kat kajang kena bayar sejam RM90 satu kepala. Sebenarnya, Puan Sherry ni auntie kepada My wife.

Lepas senamrobik, semua orang berehat sekejap minum air dan bersedia di garisan permulaan untuk acara walk for fun. Abang Din Bengkel dan bro nizamm la yang paling sibuk. Masyaallah, terkejut jugak ramai yang join acara ni. Pengerusi En Yusuf memulakan acara dengan bunyian hoooooooon. Aku tidak terkejut peserta paling awal tiba digarisan penamat adalah Cikgu Din dan Cikgu Zaimi. Depa ni memang bersemangat. Anak Cikgu Din sampai tercungap-cungap hingga ke garisan penamat.

Seterusnya semua berehat di khemah, giliran anak-anak pula beraksi. Anak-anak dibawah 5 tahun bersama ibu masing-masing bersedia untuk acara kutip gula gula. Sebenarnya, gula-gula tu pun untuk semua yang masuk. Menang kalah mesti dapat hadiah. Acara seterusnya, tiup dan pecahkan belon, apa yang penting semua dapat belon. Acara yang agak seronok adalah isteri pegang epal dan suami makan epal. Ada yang makan dengan lahap tapi tak boleh telah, yang makan slow dapat epal saiz besar pulak, akhirnya yang menang cikgu zaimi sebab dia tak kunyah terus telah jer.

Timbul masalah pulak sebab aktiviti yang dirancang berjalan lancar dan cepat selesai. Makanan tak ready lagi ni. kena lengahkan sikit majlis dengan tambahan acara kerusi musik untuk anak-anak, kaum bapa dan kaum ibu. Nampaknya sporting jugak penduduk TSE. Bukan nak kejar hadiah nak seronok-seronok sahaja. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan pengerusi dan penyampaian hadiah.

Penantian untuk santapan nasi ayam berbaloi kerana sedap dan menyelerakan. Timing lari sikit sebabkan katering dimaklumkan aktiviti makan akan bermula jam 11 pagi tapi kita nak makan lebih awal. Terima kasih diucapkan kepada pihak katering kerana bertungkus-lumus menyediakan makanan tengahari yang sedap. Ramai yang tambah terutamanya ustaz Hasbullah.

Lepas makan, ibu dan anak-anak balik dulu yang bapa kena bantu kemas apa yang patut. HK TSE 2009 dihadiri oleh 45 keluarga dan bilangan Dewasa dan Kanak-kanak yang hadir hampir 160 orang. Satu kejayaan besar bagi taman baru kalau nak dibandingkan dengan Taman kajang Mulia pun masih belum ada persatuan.

Alhamdulillah, Aku dan AJK Persatuan sekarang telah buat yang terbaik setakat ini. Mungkin tibalah masanya untuk aku mengundurkan diri dan memberi peluang kepada orang lain pula untuk diteruskan. Mungkin betul juga kata Milla Vanilla kenapa kutipan yuran dibuat sedangkan persatuan belum didaftarkan. Cuma ayat yang digunakan agak kasar dan mengguris hati warga TSE yang bertungkus-lumus memastikan TSE dalam keadaan baik. Semua ini berpunca daripada aku yang lewat untuk uruskan pendaftaran persatuan. Maafkan aku Villa Vanilla, dokumen yang lengkap telah diserahkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada 02 Februari 2009 dan dimaklumkan kelulusan kebiasaannya akan ambil masa 5 bulan. Mungkin Setiausaha persatuan yang baru akan mengambil sijil tersebut pada bulan Julai nanti.

Sumbangan terakhir aku mungkin aku perlu uruskan mesyuarat post mortem HK TSE 2009 dan Mesyuarat Agung TSE Bil 1 2009. Aku perlu beri komitmen kepada keluarga (Anak dah masuk 4) dan PTPTN agar pembiayaan dan simpanan rakyat Malaysia dapat mematuhi konsep syariah. Semoga TSE akan terus maju dibawah naungan Setiausaha dan JK Penduduk yang akan dilantik nanti. Maafkan aku sekiranya coretan ini tidak benar atau ada kena mengena dengan nama sebenar / nama samaran sama ada yang masih hidup atau tiada lagi di bumi ini.

No comments: