Monday, November 24, 2008

Keputusan Mesyuarat Agong Surau Al-Istiqamah (Taman Angkasa Indah) 24 Nov 2008


Dimaklumkan keputusan untuk mengadakan satu Tabung Kebajikan & Khairat Kematian melalui Takaful Ikhlas Sdn Bhd. untuk penduduk berhampiran yang meliputi:

1. Taman Angkasa Indah
2. Taman Kajang Mulia
3. Taman Sri Minang
4. Taman Saga Emas

Justeru, saya ingi memaklumkan kepada warga Taman Saga Emas yang berminat bolehlah mengisi borang yang dilampirkan & diserahkan kepada saya samada disurau (waktu maghrib/ isyak/ subuh) atau di rumah saya No. 10 Jalan Kajang Mulia 1, Tmn Saga Emas. Semua penerangan dan borang adalah dalam lampiran.

Jadual Skim, Perlindungan dan Sumbangan.
Skim Perlindungan Peserta 2,000.00
Pasangan 2,000.00
Anak (sehingga 3 org) 1,000.00
Sumbangan Keluarga RM30.00 Setahun

Keterangan:

1. Had umur peserta adalah di antara 18 – 69 tahun pada hari lahir akan datang.
2. Had umur anak adalah diantara Sebulan – 23 tahun pada hari lahir akan datang.
3. Jumlah anak yang dilindungi bagi setiap keluarga adalah 3 orang setahun
4. Bagi peserta yang mempunyai lebih daripada seorang isteri, setiap isteri dan anak daripadanya dianggap sebagai sebuah keluarga yang lain
5. Khairat akan hanya dibayar selepas 3 bulan polisi berkuatkuasa
6.Apabila berlaku kematian, pihak Surau akan mendahulukan semua bayaran pengurusan kepada pihak Pengurusan Jenazah Masjid Kajang. Manakala lebihan perlindungan akan diberikan kepada Keluarga terbabit setelah pihak Surau mendapat bayaran daripada pihak Takaful Ikhlas.
7. 5% daripada jumlah perlindungan akan dimasukkan ke dalam tabung Surau sebagai sumbangan & caj pengurusan

ABDULLAH ABD RAHMAN SHAH

Wednesday, November 19, 2008

Senarai AJK Sementara Persatuan Penduduk Taman Saga Emas Kajang

Pengerusi :
Yusuf Mohd Johari (No. 3b, Jln 3A)

Timbalan :

Zainuddin Mohd Tajar (No. 6, Jln Kajang Mulia 1)

Setiausaha :
Ahmad Fahmin Haris (No 1, Jln 3A)

Bendahari :
Zainab Ahmad Tarmizi (No 2, Jln 3A)

Pen. Setiausaha :
Mohd Agus Mahat (No 1, Jln 2)

AJK Keselamatan :
Jalal Kussin (No 7, Jln 3A)
Nor Shaiful Tajal Arifin (No.8, Jln 3)

AJK Agama :
Ustaz Amir Zakaria (No 1, Jln 3)

Ketua Blok A (Jalan Kajang Mulia 1) :
M. Rizal Shazli Rejab (No. 3, Jln Kajang Mulia 1)
Mohamad Zulkifly Zakaria (No. 8, Jln Kajang Mulia 1)

Ketua Blok B (Jalan Saga Emas 3) :
Sayuti Hj Abdullah(No.11,Jln 3)
Nor Shaiful Tajal Arifin (No.8, Jln 3)

Ketua Blok C (Jalan Saga Emas 3A) :
Boleh berurusan dengan setiausaha dan bendahari

Ketua Blok D (Jalan Saga Emas 2) :
Mohd Agus Mahat (No. 1, 2)

Ketua Blok E dan F (Jalan Saga Emas 4) :
Jamil Kasim (No. 7, Jln 4)
Roslan Mamat (No. 12, Jln 4)

Ketua Blok G (Jalan Saga Emas 1) :
Norbit Abu Bakar (No. 2, Jln 1)

Nota:
Perlantikan JK Tetap akan dibuat selepas ini dengan kehadiran ahli melebihi 50% daripada 73 Penduduk Taman Saga Emas. Pemilihan JK Tetap akan dibuat dalam mesyuarat bil 3 2008 pada 21 Disember 2008 jam 8.30 pagi di No 1 Jln 3A.

[Sila hubungi Ketua Blok masing-masing untuk mendapatkan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat dan menjelaskan yuran bulan November 2008.]

Takziah Untuk Keluarga En Sayuti




Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

Dukacita dimaklumkan bahawa anak kepada Encik Sayuti (No. 11, Jalan 3) yg berusia sehari telah meninggal dunia jam 6.50ptg 12 November 2008. Jenazah telah dikebumikan lebih kurang jam 11 pagi tadi di Tanah Perkuburan Sg. Kantan.

Selepas isyak semalam telah diadakan Majlis tahlil dan bacaan yasin. Isteri beliau dijangka akan keluar daripada hospital pada hari ini.

Takziah buat Encik Sayuti sekeluarga...

Al-Fatihah.

Ringkasan Keputusan/Makluman Mesyuarat JK Persatuan Penduduk Bil 2 2008


Salam Muhibbah semua.....Selamat Bercuti buat Cikgu-cikgu /Adik -Adik Warga Taman Saga Emas Kajang....................


Ringkasan Keputusan/Makluman/Hebahan
Mesyuarat JK Penduduk Taman Saga Emas Kajang Bil 2 2008


1. Takziah kepada En Sayuti (No 11 Jln Saga Emas 3) pada 12 November 2008 di atas kehilangan anak beliau yang baru lahir. (Al-Fatihah)

2 . Terdapat kecurian besi di rumah contoh yang sedang dinaiktaraf dikesan pada 3/11/08. Tugas kawalan keselamatan setiap hari bekerja bermula 03 November 2008 telah dilaksanakan oleh En Jalal dan En Sayuti bermula jam 8.00 pagi hingga jam 6 petang. Sebanyak 3 unit peti pos yang menempatkan buku log disediakan bagi tujuan catatan semasa rondaan keselamatan dibuat.

3. Cadangan rondaan malam secara sukarela bermula jam 12 tengah malam hingga jam 6 pagi. Jadual bertugas akan disediakan. Setiap wakil rumah yang dipilih perlu bertugas selama 2 jam. Sebagai permulaan, aktiviti rondaan malam akan dibuat pada hujung minggu sahaja bermula Sabtu 22 November 2008

4. Bersetuju tiupan wisel berterusan sebagai isyarat kecemasan sekiranya berhadapan dengan situasi bahaya terutamanya sebelah malam. Wisel akan dibekalkan oleh Persatuan. Tuan/Puan perlu simpan ditempat selamat dan mudah dicapai, jiran terdekat akan sambung tiupan wisel berterusan hingga bantuan jiran/polis tiba.

5. Tangguh urusan mewujudkan pondok pengawal hingga rondaan malam berjalan lancar.

6. Bayaran sagu hati kepada petugas rondaan siang adalah sebanyak 50% daripada kutipan yuran bulanan pada setiap awal bulan. Jumlah tersebut lebih murah berbanding menggaji pengawal keselamatan.

7. Mesyuarat melantik En Nor Shaiful Tajal Arifin (No 8 Jln Saga Emas 3)sebagai Penolong AJK Keselamatan, Ustaz Amir Zakaria (No 1 Jln Saga Emas 3) sebagai AJK Agama dan isteri kepada AJK yang dilantik sebagai AJK Hal Ehwal Wanita. Senarai nama akan dibentangkan dalam mesyuarat yang akan datang

8 Mesyuarat Bil 3 2008 pada 21 Disember 2008 jam 8.30 pagi di No 1, Jln Saga Emas 3A. Lantikan JK Tetap akan dibuat walaupun kehadiran kurang daripada 50%. Penduduk yang tidak menghadiri mesyuarat dianggap bersetuju dengan pemilihan tersebut kecuali menghantar maklum balas tidak bersetuju kepada setiausaha(No 1, Jln Saga Emas 3A). Ketua Blok akan mewakili penduduk di blok masing-masing untuk memilih JK Tetap.

9. Dimaklumkan kutipan yuran bulanan sebanyak RM30 akan dibuat oleh Ketua Blok setiap awal bulan bermula November 2008. Ketua blok akan serahkan resit rasmi dan serahkan kepada bendahari sebelum 15hb untuk diakaunkan.

10. Sagu hati kepada ahli persatuan sekiranya Kematian Ahli Persatuan (RM200), Kematian Keluarga Ahli Persatuan (RM100) dan Kelahiran/Sakit (RM50),sila maklum kepada JK untuk tujuan ziarah dan penyerahan sagu hati. Jumlah akan disemak semula berdasarkan kutipan yuran.

11. Sebaran maklumat melalui email, SMS dan juga blog (http://www.tamansagaemas.blogspot.com/). Mohon kerjasama tulis Nama,KP, No jln dan rumah, email dan no handphone dan letak dalam peti surat setiausaha(No 1, Jln Saga Emas 3A) atau Post kat blog untuk dikemaskini.

12. Mengadakan Majlis Silaturahim Taman Saga Emas semasa cuti sekolah semester pertama pada Mac 2009. Majlis sederhana dan berjimat cermat dengan menerapkan konsep “Pot Luck”.

13. Gangguan anjing liar yang memasuki laman rumah penghuni Taman Saga Emas dan membuang najis merata-rata. Aduan kepada MPKJ akan dibuat.

14. Tandatangan bantahan turun cukai taksiran MPKJ. Wakil persatuan akan sediakan dokumen dan mohon tandatangan semua penduduk.

15. Ustaz Amir selaku Biro Agama menawarkan perkhidmatan mengajar Membaca Muqaddam / Al Quran sebelah malam selepas Maghrib hingga Isyak kepada anak-anak penghuni di taman ini yang berumur 15 tahun ke bawah. Tarikh kuat kuasa akan dimaklumkan kemudian.


Friday, November 14, 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada Semua Penduduk Taman Saga Emas Kajang,

Awal kalam saya ucapkan selamat datang kepada Tuan/Puan yang kali pertama melawati laman blog ini. Saya selaku setiausaha sementara yang dilantik dalam Mesyuarat Jawatankuasa Taman Saga Emas Bil 1 2008 yang lalu mengambil inisiatif untuk mewujudkan blog ini. Semoga dengan wujudnya blog ini nanti akan memberi lebih manfaat kepada kita semua. Tuan/Puan dengan segala hormatnya boleh memberi pandangan dan berkongsi maklumat melalui blog ini.

Akhir kalam......aktifkanlah blog ini demi kebaikan semua penduduk Taman Saga Emas Kajang...