Tuesday, December 30, 2008

Segmen Kenali Jiran Anda : Mr Nizam n Family



Jiran No 6 Jln Saga Emas 4
Nama : Mohd Nizam Manap (Nizam)
Asal : Kajang, Selangor
Pekerjaan : Pembantu Tadbir, Bahagian Sumber Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia

Isteri : Norfadzillah Che Mat (Iiela)
Asal : Machang, Kelantan
Pekerjaan : Pen. Pegawai Tadbir, Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina, UKM

Anak 1 :Nurzahra Alya Irdina (Dina)
Anak 2 : InsyaAllah tahun depan..hehe...

Hobi : Bersukan dan melepak2 di rumah...klu bosan sangat baru gi jalan2....

Ok ni kisah aku dan keluarga aku......salam perkenalan buat semua....

PERTANDINGAN BOWLING TAMAN SAGA EMAS



Keputusan Pertandingan Boling Adalah seperti berikut:

Tempat Pertama : Nik Syukri
Tempat Kedua : Sapiran
Tempat Ketiga : Mohd Nizam
Tempat Keempat : Ustaz Amir
Tempat Kelima : Zakaria
Tempat Keenam : Fahmin
Tempat Ketujuh : Ruzaimie
Tempat Kelapan : Zainudin
Tempat Kesembilan : Ahmad Razali
Tempat Kesepuluh : Hasbullah
Tempat Kesebelas : Norazhan
Tempat Keduabelas : Abd Razak

Seramai 12 orang peserta telah berjaya membawa pulang hadiah-hadiah yang telah disumbangkan oleh penaja utama kita iaitu daripada kutipan yuran TSE (RM 100) dan kutipan daripada semua peserta yang mengambil bahagian.

Kemeriahan sepanjang pertadingan jelas terasa dimana terdapat warga TSE yang membawa keluarga (Suami/isteri/anak-anak) bersama-sama memeriahkan suasana. Terdapat juga warga TSE yang hadir untuk memberi sokongan kepada jiran-jiran yang lain.

Program sebegini diharap akan dijadikan program tahunan dan disertai oleh lebih ramai warga TSE. Jutaan terima kasih kepada Bro nizam dan Cikgu Din (kena lantik AJK Sukan nie) kerana menguruskan program ini, cikgu Agus yang bertungkus lumus menyediakan hadiah dengan budget yang terhad, bro epool yang sanggup hadir memberi sokongan moral kepada kawan-kawan serta semua peserta/keluarga/warga TSE yang mengambil bahagian.

Akhir kalam "Majulah Sukan Untuk Taman Kita"
[Album ada pada ruangan link bawah sembang]


Salam Tuan/Puan, adalah dimaklumkan TSE akan menganjurkan pertadingan bowling terbuka kepada semua penduduk TSE. Diharap dapat hadir memeriahkan pertandingan ini untuk mengeratkan hubungan dan saling kenal-mengenal antara satu sama lain.

SYARAT 2 DAN PERATURAN :
1.PERTANDINGAN TERBUKA KEPADA SEMUA PENDUDUK TAMAN SAGA EMAS LELAKI DAN WANITA.
2.TARIKH PERTANDINGAN PADA 3 JANUARI 2009 (SABTU) JAM 2.00 PETANG BERTEMPAT DI BANGI SHOPPING KOMPLEKS (WARTA).
3.PERMAINAN AKAN DIJALANKAN DALAM 5 GAME.
4.PENENTUAN PEMENANG AKAN DIKIRA MELALUI MARKAH KESELURUHAN 5 GAME.
5.BAYARAN YURAN SEBANYAK RM30 (BAYARAN 5 GAME & AIR MINERAL).
6.PENYERAHAN BORANG BERSERTA PEMBAYARAN (TUNAI SAHAJA) DAN PERTANYAAN BOLEH DIBUAT KEPADA :
a. MOHD NIZAM MANAP : NO. 6, JALAN SAGA EMAS 4 (012-6203447)
b. ZAINUDIN MOHD TAJAR : NO. 6, JALAN KAJANG MULIA 1 (017-2721314)

7.TARIKH TUTUP PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN ADALAH PADA 31 DISEMBER 2008.
8.HADIAH AKAN DISEDIAKAN BAGI JOHAN, NAIB JOHAN DAN KETIGA SAHAJA.
9.PEMBAYARAN YANG TELAH DIBUAT TIDAK AKAN DIPULANGKAN UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN PENDAFTARAN DAN TEMPAHAN.
10.KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUKTAMAD.

"Majulah Sukan Untuk Taman Kita"

Saturday, December 27, 2008

Jemputan ke Majlis Bacaan Yaasin & Doa Selamat Sempena Awal Muharam 1430H

Assalamualaikum...

Saya ingin menjemput warga Taman Saga Emas yg beragama Islam untuk datang ke rumah saya utk membaca Yaasin & Doa Selamat, bersempena Awal Muharam yg bakal tiba. Butirannya seperti di bawah:

Rumah : No. 8, Jalan Saga Emas 3.
Tarikh : Ahad (28/12/2008)
Masa : Selepas Solat Isyak (lebih kurang jam 9.00 malam)

Seisi keluarga dijemput hadir. Sila hubungi saya di talian hayat 013-3098822 utk sebarang pertanyaan.

Terima kasih.

P/s: Bagi pihak En Nor Shaiful Tajal Ariffin (No 8 Jln saga emas 3 )

Thursday, December 25, 2008

Ringkasan Keputusan/Makluman Mesyuarat JK Persatuan Penduduk TSE Bil 3 2008





Ringkasan Keputusan/Makluman/HebahanMesyuarat JK Penduduk Taman Saga Emas Kajang Bil 3 2008



1. Mesyuarat JK Penduduk tidak terhad kepada AJK yang dilantik sahaja tetapi semua penduduk dijemput hadir untuk mendapatkan maklumat yang jelas dan mengeratkan hubungan sesama kita.

2. Terdapat laporan kehilangan mesin pembancuh simen di rumah no 1 Jalan Kajang Mulia 1 dan tangga alumunium di rumah no 10 Jln A. Kehilangan dijangka berlaku pada waktu malam. Semua penghuni diminta untuk berwaspada dan menyimpan barangan berharga di dalam rumah masing-masing. Ini adalah kerana barangan berharga yang disimpan dalam kawasan pagar rumah masing-masing (depan atau belakang rumah) adalah tidak selamat sehingga rondaan malam dilaksanakan.

3. Kurang sambutan daripada penduduk untuk bertugas secara sukarela untuk rondaan malam. Bersetuju pemberian sagu hati kepada penduduk yang terlibat dengan rondaan malam. Paling minimum 30 orang diperlukan untuk bertugas dalam rondaan malam, AJK Keselamatan akan mengaturkan jadual rondaan malam dimana mereka yang terlibat perlu luangkan masa 2 jam seminggu sahaja untuk bertugas (Hari Bekerja sahaja, syif jam 12 mlm – 2 pagi, 2 pagi – 4 pagi dan 4 pagi hingga 6 pagi). Semua penduduk yang bersetuju perlu menghubungi En Jalal (0132233595) bagi memudahkan urusan menyediakan jadual rondaan bermula pada Januari 2009.

4. Bersetuju menyegerakan pembelian peralatan rondaan. Wisel akan diberi kepada semua penduduk tanpa mengambilkira mereka membayar yuran atau tidak. Tujuan utama adalah untuk keselamatan semua penduduk. Wisel akan dimasukkan ke dalam sampul surat beserta panduan penggunaan dan diedarkan kepada semua penduduk TSE.

5. Kutipan yuran November adalah sebanyak RM 870.00 (29 ahli bayar). Bayaran sagu hati rondaan siang akan dibuat selepas semua tuntutan dijelaskan kepada AJK yang mendahulukan duit untuk kegunaan persatuan. Bayaran sagu hati kepada mereka yang terlibat akan dibuat selepas tamat mesyuarat nanti.

6. Bersetuju pendaftaran JK Penduduk berdasarkan AJK Sementara yang telah dilantik sebelum ini kerana kehadiran mesyuarat kali ini hanya 24 orang sahaja(<50%).>
7. Bersetuju cadangan mesyuarat seterusnya dilewatkan sedikit berbanding masa mesyuarat kebiasaannya. Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan mesyuarat seterusnya pada jam 10.30 pagi bagi membolehkan lebih ramai penduduk menghadiri mesyuarat.

8. Bersetuju akaun simpanan individu Ambank atas nama Bendahari dibuka segera bagi memudahkan urusan mengakaunkan kutipan yuran persatuan

9. Bersetuju sediakan sagu hati sebanyak RM100.00 kepada warga TSE yang menawarkan diri menyediakan tempat mesyuarat, makanan dan minuman. Kehadiran mesyuarat tidak terhad kepada AJK sahaja tetapi semua penduduk boleh menghadiri mesyuarat.

10. Bersetuju cadangan logo persatuan untuk sebarang urusan surat-menyurat rasmi dan pendaftaran persatuan. Untuk tahun akan datang, adakan pertandingan mencipta logo baru akan dibuat dikalangan penduduk TSE. (Rujuk LetterHead dan blog persatuan)

11. Bersetuju sediakan banner Hari Keluarga TSE (acara tahunan) di jalan masuk ke Taman Saga Emas. Lantikan JK Kerja telah dibuat (AJK Makanan dan minuman – Cikgu Agus , AJK Peralatan – En Roslan, AJK PA System – En Jamil, Pengacara Majlis - Cikgu Azzila, AJK Hebahan – Cikgu Zainab, AJK Sukan – Cikgu Zainudin)

12. MPKJ telah ambil tindakan berkaitan aduan gangguan anjing liar.

13. Sesi Pengajian Solat setiap Selasa 10 malam di Surau Al-Istiqamah.

14. Khairat Kematian TSE dengan kerjasama Takaful Ikhlas – Download borang dalam blog, bayar RM30 utk setahun, perlindungan suami isteri dan 3 anak, Pendahuluan wang oleh surau. Hantar borang dan RM30 di surau Maghrib, Isyak, Subuh – Hubungi Ustaz Abdullah untuk maklumat lanjut.

15. Kelas Membaca Muqaddam / Al Quran sebelah malam selepas Maghrib hingga Isyak kepada anak-anak penghuni di taman ini yang berumur 15 tahun ke bawah akan bermula pada 02 Januari 2008. Sila hubungi Ustaz Amir di talian 0166658176 untuk maklumat lanjut.

16. Cadangan mewujudkan portal TSE ditangguhkan sehingga kewangan persatuan stabil. Bersetuju lantik En Ruzaimie sebagai pengurus blog TSE.

Friday, December 5, 2008

Segmen Kenali Jiran Anda


Salam Tuan/Puan,

Pembangunan Portal ditangguhkan kerana kutipan yuran kurang memuaskan dan keutamaan kutipan disalurkan kepada tindakan berkaitan keselamatan TSE.

Oleh kerana tiada sambutan berkenaan segmen ini, saya akan mula terlebih dahulu. Berikut adalah serba sedikit berkenaan keluarga saya:

Jiran Rumah No 1 Jalan Saga Emas 3A

Nama : Ahmad Fahmin Bin Haris (Panggilan Fahmin)
Umur : 29 tahun
Asal : Kuala Perlis, Perlis Darul Sunnah
Pekerjaan : Pegawai Teknologi Maklumat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Nama Isteri : Nur Aidah Binti Rashid (Panggilan Aida)
Umur : 29 tahun
Asal : Guelph Ontario Canada
Pekerjaan : Guru MPV Hiasan Dalaman Sek Men Keb Sinar Bintang, Segambut, KL

Anak : Nur Aisyah Humaira' (3 Tahun 10 bulan)
Anak : Nur Ain Hanani (2 tahun 2 tahun 9 bulan)
Anak : Nur Auni Huraiyah (1 tahun 4 bulan)

Hobi : Melancong makan angin, Bersukan (Futsal, Bolasepak, Badminton, Bolatampar, Bowling, Jogging)

Perkhidmatan : Kelas Pengaturcaraan komputer (Web-based Application), Basic Microsoft Office, Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN (sesiapa yang nak pengecualian cukai 2008, boleh simpan duit untuk anak dalam skim ni, cukai dikecualikan sehingga RM3000.00),Pinjaman pendidikan untuk diploma, degree, master, PHD, Professional certificate. Catering kenduri kecil/besar, kuih raya, cookies(Mertua),Produk Beautiful dan CNI (Isteri)

Inilah keluarga kami Salam Muhibbah kepada semua ikhlas daripada Jiran No1 Jln Saga Emas 3A.
____________________________________________________________________________________
Bagi mengeratkan silaturrahim antara kita, tuan/Puan untuk sementara waktu ini boleh menghantar gambar keluarga, biodata, asal, kata-kata, hobi, kegiatan masa lapang, perkhidmatan/produk yang ditawarkan kepada email saya ahmadfahmin@gmail.com. seterusnya saya akan paparkan di blog ini.

Bagi yang berminat, boleh hantar maklumat ini kepada email saya. tujuannya adalah untuk kita saling kenal mengenal antara satu sama lain. Salam Hari Natal dan Menyambut Tahun Baru........