Thursday, December 25, 2008

Ringkasan Keputusan/Makluman Mesyuarat JK Persatuan Penduduk TSE Bil 3 2008





Ringkasan Keputusan/Makluman/HebahanMesyuarat JK Penduduk Taman Saga Emas Kajang Bil 3 2008



1. Mesyuarat JK Penduduk tidak terhad kepada AJK yang dilantik sahaja tetapi semua penduduk dijemput hadir untuk mendapatkan maklumat yang jelas dan mengeratkan hubungan sesama kita.

2. Terdapat laporan kehilangan mesin pembancuh simen di rumah no 1 Jalan Kajang Mulia 1 dan tangga alumunium di rumah no 10 Jln A. Kehilangan dijangka berlaku pada waktu malam. Semua penghuni diminta untuk berwaspada dan menyimpan barangan berharga di dalam rumah masing-masing. Ini adalah kerana barangan berharga yang disimpan dalam kawasan pagar rumah masing-masing (depan atau belakang rumah) adalah tidak selamat sehingga rondaan malam dilaksanakan.

3. Kurang sambutan daripada penduduk untuk bertugas secara sukarela untuk rondaan malam. Bersetuju pemberian sagu hati kepada penduduk yang terlibat dengan rondaan malam. Paling minimum 30 orang diperlukan untuk bertugas dalam rondaan malam, AJK Keselamatan akan mengaturkan jadual rondaan malam dimana mereka yang terlibat perlu luangkan masa 2 jam seminggu sahaja untuk bertugas (Hari Bekerja sahaja, syif jam 12 mlm – 2 pagi, 2 pagi – 4 pagi dan 4 pagi hingga 6 pagi). Semua penduduk yang bersetuju perlu menghubungi En Jalal (0132233595) bagi memudahkan urusan menyediakan jadual rondaan bermula pada Januari 2009.

4. Bersetuju menyegerakan pembelian peralatan rondaan. Wisel akan diberi kepada semua penduduk tanpa mengambilkira mereka membayar yuran atau tidak. Tujuan utama adalah untuk keselamatan semua penduduk. Wisel akan dimasukkan ke dalam sampul surat beserta panduan penggunaan dan diedarkan kepada semua penduduk TSE.

5. Kutipan yuran November adalah sebanyak RM 870.00 (29 ahli bayar). Bayaran sagu hati rondaan siang akan dibuat selepas semua tuntutan dijelaskan kepada AJK yang mendahulukan duit untuk kegunaan persatuan. Bayaran sagu hati kepada mereka yang terlibat akan dibuat selepas tamat mesyuarat nanti.

6. Bersetuju pendaftaran JK Penduduk berdasarkan AJK Sementara yang telah dilantik sebelum ini kerana kehadiran mesyuarat kali ini hanya 24 orang sahaja(<50%).>
7. Bersetuju cadangan mesyuarat seterusnya dilewatkan sedikit berbanding masa mesyuarat kebiasaannya. Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan mesyuarat seterusnya pada jam 10.30 pagi bagi membolehkan lebih ramai penduduk menghadiri mesyuarat.

8. Bersetuju akaun simpanan individu Ambank atas nama Bendahari dibuka segera bagi memudahkan urusan mengakaunkan kutipan yuran persatuan

9. Bersetuju sediakan sagu hati sebanyak RM100.00 kepada warga TSE yang menawarkan diri menyediakan tempat mesyuarat, makanan dan minuman. Kehadiran mesyuarat tidak terhad kepada AJK sahaja tetapi semua penduduk boleh menghadiri mesyuarat.

10. Bersetuju cadangan logo persatuan untuk sebarang urusan surat-menyurat rasmi dan pendaftaran persatuan. Untuk tahun akan datang, adakan pertandingan mencipta logo baru akan dibuat dikalangan penduduk TSE. (Rujuk LetterHead dan blog persatuan)

11. Bersetuju sediakan banner Hari Keluarga TSE (acara tahunan) di jalan masuk ke Taman Saga Emas. Lantikan JK Kerja telah dibuat (AJK Makanan dan minuman – Cikgu Agus , AJK Peralatan – En Roslan, AJK PA System – En Jamil, Pengacara Majlis - Cikgu Azzila, AJK Hebahan – Cikgu Zainab, AJK Sukan – Cikgu Zainudin)

12. MPKJ telah ambil tindakan berkaitan aduan gangguan anjing liar.

13. Sesi Pengajian Solat setiap Selasa 10 malam di Surau Al-Istiqamah.

14. Khairat Kematian TSE dengan kerjasama Takaful Ikhlas – Download borang dalam blog, bayar RM30 utk setahun, perlindungan suami isteri dan 3 anak, Pendahuluan wang oleh surau. Hantar borang dan RM30 di surau Maghrib, Isyak, Subuh – Hubungi Ustaz Abdullah untuk maklumat lanjut.

15. Kelas Membaca Muqaddam / Al Quran sebelah malam selepas Maghrib hingga Isyak kepada anak-anak penghuni di taman ini yang berumur 15 tahun ke bawah akan bermula pada 02 Januari 2008. Sila hubungi Ustaz Amir di talian 0166658176 untuk maklumat lanjut.

16. Cadangan mewujudkan portal TSE ditangguhkan sehingga kewangan persatuan stabil. Bersetuju lantik En Ruzaimie sebagai pengurus blog TSE.

No comments: