Wednesday, November 19, 2008

Ringkasan Keputusan/Makluman Mesyuarat JK Persatuan Penduduk Bil 2 2008


Salam Muhibbah semua.....Selamat Bercuti buat Cikgu-cikgu /Adik -Adik Warga Taman Saga Emas Kajang....................


Ringkasan Keputusan/Makluman/Hebahan
Mesyuarat JK Penduduk Taman Saga Emas Kajang Bil 2 2008


1. Takziah kepada En Sayuti (No 11 Jln Saga Emas 3) pada 12 November 2008 di atas kehilangan anak beliau yang baru lahir. (Al-Fatihah)

2 . Terdapat kecurian besi di rumah contoh yang sedang dinaiktaraf dikesan pada 3/11/08. Tugas kawalan keselamatan setiap hari bekerja bermula 03 November 2008 telah dilaksanakan oleh En Jalal dan En Sayuti bermula jam 8.00 pagi hingga jam 6 petang. Sebanyak 3 unit peti pos yang menempatkan buku log disediakan bagi tujuan catatan semasa rondaan keselamatan dibuat.

3. Cadangan rondaan malam secara sukarela bermula jam 12 tengah malam hingga jam 6 pagi. Jadual bertugas akan disediakan. Setiap wakil rumah yang dipilih perlu bertugas selama 2 jam. Sebagai permulaan, aktiviti rondaan malam akan dibuat pada hujung minggu sahaja bermula Sabtu 22 November 2008

4. Bersetuju tiupan wisel berterusan sebagai isyarat kecemasan sekiranya berhadapan dengan situasi bahaya terutamanya sebelah malam. Wisel akan dibekalkan oleh Persatuan. Tuan/Puan perlu simpan ditempat selamat dan mudah dicapai, jiran terdekat akan sambung tiupan wisel berterusan hingga bantuan jiran/polis tiba.

5. Tangguh urusan mewujudkan pondok pengawal hingga rondaan malam berjalan lancar.

6. Bayaran sagu hati kepada petugas rondaan siang adalah sebanyak 50% daripada kutipan yuran bulanan pada setiap awal bulan. Jumlah tersebut lebih murah berbanding menggaji pengawal keselamatan.

7. Mesyuarat melantik En Nor Shaiful Tajal Arifin (No 8 Jln Saga Emas 3)sebagai Penolong AJK Keselamatan, Ustaz Amir Zakaria (No 1 Jln Saga Emas 3) sebagai AJK Agama dan isteri kepada AJK yang dilantik sebagai AJK Hal Ehwal Wanita. Senarai nama akan dibentangkan dalam mesyuarat yang akan datang

8 Mesyuarat Bil 3 2008 pada 21 Disember 2008 jam 8.30 pagi di No 1, Jln Saga Emas 3A. Lantikan JK Tetap akan dibuat walaupun kehadiran kurang daripada 50%. Penduduk yang tidak menghadiri mesyuarat dianggap bersetuju dengan pemilihan tersebut kecuali menghantar maklum balas tidak bersetuju kepada setiausaha(No 1, Jln Saga Emas 3A). Ketua Blok akan mewakili penduduk di blok masing-masing untuk memilih JK Tetap.

9. Dimaklumkan kutipan yuran bulanan sebanyak RM30 akan dibuat oleh Ketua Blok setiap awal bulan bermula November 2008. Ketua blok akan serahkan resit rasmi dan serahkan kepada bendahari sebelum 15hb untuk diakaunkan.

10. Sagu hati kepada ahli persatuan sekiranya Kematian Ahli Persatuan (RM200), Kematian Keluarga Ahli Persatuan (RM100) dan Kelahiran/Sakit (RM50),sila maklum kepada JK untuk tujuan ziarah dan penyerahan sagu hati. Jumlah akan disemak semula berdasarkan kutipan yuran.

11. Sebaran maklumat melalui email, SMS dan juga blog (http://www.tamansagaemas.blogspot.com/). Mohon kerjasama tulis Nama,KP, No jln dan rumah, email dan no handphone dan letak dalam peti surat setiausaha(No 1, Jln Saga Emas 3A) atau Post kat blog untuk dikemaskini.

12. Mengadakan Majlis Silaturahim Taman Saga Emas semasa cuti sekolah semester pertama pada Mac 2009. Majlis sederhana dan berjimat cermat dengan menerapkan konsep “Pot Luck”.

13. Gangguan anjing liar yang memasuki laman rumah penghuni Taman Saga Emas dan membuang najis merata-rata. Aduan kepada MPKJ akan dibuat.

14. Tandatangan bantahan turun cukai taksiran MPKJ. Wakil persatuan akan sediakan dokumen dan mohon tandatangan semua penduduk.

15. Ustaz Amir selaku Biro Agama menawarkan perkhidmatan mengajar Membaca Muqaddam / Al Quran sebelah malam selepas Maghrib hingga Isyak kepada anak-anak penghuni di taman ini yang berumur 15 tahun ke bawah. Tarikh kuat kuasa akan dimaklumkan kemudian.


1 comment:

zaimie01 said...

A'kum..admin
Thanks a lot. I appreciate anything you do for TSE Blog.
For this topic it really usefull for me because i haven't attend the meeting.
TSE Excellent!!!
Go Bro... i support for your work. if you need my help. just email to me at zaimie01@yahoo.com
Salamz.