Friday, July 3, 2009

Ringkasan Keputusan/Makluman/Hebahan Mesyuarat TSE Bil 3 2009

1. Aktiviti rondaan siang telah diberhentikan kerana tiada wakil yang berkelapangan. Rondaan malam dibuat secara sukarela setiap Jumaat malam atau Sabtu malam. Terima kasih kepada semua penduduk yang terlibat dalam aktiviti rondaan malam secara sukarela di TSE.

2. Dimaklumkan terdapat 3 kes pecah rumah berlaku di TSE melibatkan rumah En Jalal (Jln 3A), En Riduan (Jln 3A) dan Ustaz Faizal (Jln 2).

3. Kelulusan pendaftaran persatuan masih belum diperolehi. Tindakan susulan akan dibuat dengan merujuk kepada pihak yang terlibat.

4. Kedudukan kewangan persatuan adalah seperti di Lampiran 2(Akan diedarkan salinannya).

5. Mesyuarat dimaklumkan Bendahari TSE telah menyerahkan semua dokumentasi, buku akaun, wang tunai dan tugas beliau kepada En Ahmad Razali dan En Jamil untuk menjalankan tugas-tugas bendahari. Semua urusan pembayaran yuran boleh dibuat kepada Ketua Blok atau dengan menghubungi En Ahmad Razali dan En Jamil.

6. Mesyuarat TSE akan dilaksanakan secara tetap setiap bulan bagi memudahkan urusan kutipan yuran bulanan. Mohon kerjasama warga TSE menjelaskan tunggakan yuran bulanan bagi membolehkan aktiviti dilaksanakan terutamanya yang melibatkan keselamatan TSE.

7. Mesyuarat bersetuju Cadangan Pelaksanaan CCTV di TSE untuk memantau sebarang aktiviti atau mengesan jenayah di TSE dalam tempoh 24 jam setiap hari. Walaupun kes kecurian tidak dapat dielakkan sepenuhnya, TSE boleh membantu memudah penyiasatan polis dengan menyerahkan rakaman CCTV kepada pihak polis. Mesyuarat bersetuju agar makluman kepada warga TSE dibuat supaya warga TSE yang terlibat menjelaskan tunggakan yuran bulanan bagi membolehkan cadangan pelaksanaan CCTV di TSE dilaksanakan.

8. Mesyuarat bersetuju agar aduan berkenaan keperluan memasang pagar bagi Projek Pembangunan Rumah Kedai sebelah TSE dibuat kepada pihak kontraktor atau MPKJ jika berkenaan untuk tujuan keselamatan di TSE.

9. Mesyuarat dimaklumkan berkenaan cadangan untuk membina gelanggang serba guna di TSE bersebelahan dengan Taman Permainan TSE. Tujuannya adalah untuk memudahkan kegiatan sukan diadakan seperti bola tampar, bola jaring, bola keranjang dan futsal. Mesyuarat bersetuju agar cadangan ini ditangguhkan bagi membolehkan peruntukan sedia ada digunakan untuk pelaksanaan CCTV demi keselamatan di TSE. Walau bagaimanapun, sekiranya ada sumber kewangan yang mencukupi atau terdapat pihak yang ingin memberi sumbangan, cadangan ini boleh dilaksanakan pada masa akan datang.

Bayaran Yuran :
Hubungi Pen. Bendahari (Jamil B Kasim : 019 238 9947 Akaun Maybank 114254125483
(Sila SMS nama anda dan jumlah bayaran kpd en Jamil)
Pen. Bendahari (Ahmad Razali) : 019 371 2628

Monday, June 29, 2009

Cadangan Pelaksanaan CCTV di TSE

Salam / Salam Sejahtera Tuan/Puan,

Mesyuarat Persatuan Penduduk TSE Bil 3 2009 bersetuju untuk menggunakan CCTV di TSE bagi tujuan memantau sekitar TSE. Beberapa kertas cadangan diperlukan dan cadangan terbaik akan dipilih. Berikut sedikit maklumat yang saya dapat dari internet dan cadangan pelaksanaan di TSE.

Fasa yang paling penting dalam pemasangan sistem CCTV adalah perancangan.

Apakah tujuan pemasangan sistem CCTV anda?
Untuk mencegah, merakamkan jenayah, memantau aliran trafik dan video sebagai bukti pengenalpastian digunakan di mahkamah.

Kawasan yang anda ingin liputi?
Tentukan kawasan yang paling penting yang perlu diliputi dan kawasan yang kurang penting. Beri perhatian kawasan yang berisiko tinggi.

Apakah yang anda ingin memerhatikan?
1 unit kamera utk mengenalpasti
- Baca Plate Number di jalan keluar masuk – single entry. 360
- Infra Red – Boleh beroperasi siang/malam/ cahaya min./blackout.

3 unit kamera utk memantau (Cadangan kamera dome 360°) motion tracking
- Capture gambar kawasan risiko tinggi.
- Cadangan lokasi (Tiang lampu rumah Azmi, Tiang lampu rumah Nik, Tiang
lampu jalan 4)
- Tempat pemasangan kemera perlu ditentukan dahulu sebelum kamera CCTV boleh dipilih. Selepas itu barulah anda memilih jenis kemera yang bersesuaian.

Imej boleh dikawal melalui capaian internet ke Handphone 3G, PDA dan internet di pejabat Tuan/Puan.

Anggaran kos sebanyak RM 3500 termasuk tiang sokongan, wiring, hard disk, tutp jalan sebelah rumah Mr Dorai.

Proposal lengkap akan dibentangkan dalam mesyuarat yang akan datang.

CCTV akan beroperasi setiap hari tanpa mengira siang atau malam, cuti perayaan dan sebagainya.

"Keselamatan TSE tanggungjawab kita bersama"

Wednesday, June 24, 2009

Makluman Penting

Salam / Salam Sejahtera Tuan/Puan,

Saya terima SMS dari jiran kita En Jazmi (rumah no. 1 Jalan SagaEmas 1 depan taman permainan) pagi tadi. Dimaklumkan awal pagi tadi jam 1-1.30am, dua orang naik motor EX5 putih parking di taman permainan. Seorang didapati mengendap ke pagar rumah nombor 1 hingga 4 dengan keadaan yang mencurigakan. Seterusnya suspek bergerak keluar melalui rumah semi D dan keluar ikut tepi rumah Mr Dorai. Mohon tuan/puan ambil langkah keselamatan apa yang patut. Jangan letak barang berharga diluar rumah kerana boleh menarik perhatian mereka yang berniat jahat.

Nombor plate x dapat dikesan, harap en Jazmi boleh skodeng lagi malam ini untuk dapatkan nombor plate atau kita plan tiup wisel kuat-kuat.

"Keselamatan TSE tanggungjawab Kita Bersama"

Kelebihan Berpuasa Dlm Bulan Rejab

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi’raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah saw lagi :”Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang memb ac a selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.”

Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun.”

Semoga kita sama2 mendapat manfaatnye…

Friday, June 19, 2009

Mesyuarat Persatuan Penduduk TSE Bil 3 2009

Salam / Salam sejahtera tuan / puan,

Adalah dimaklumkan Mesyuarat Persatuan Penduduk TSE Bil 3 2009 akan diadakan pada hari Ahad ini 21 Jun 2009 jam 9.30 pagi bertempat di rumah Cikgu Zainab (No. 2 Jln Saga Emas 3A). Tuan / Puan dengan segala hormatnya dijemput hadir. SMS akan dihantar kepada Tuan / Puan. Mohon maklumkan kepada jiran jiran yang lain.

Sekian, terima kasih.

Selamat Menyambut Hari Bapa (21 Jun 2009) Kepada Bapa Bapa dan Bakal Bapa di TSE. Semoga hidup lebih bahagia disamping keluarga yang tersayang.

Thursday, May 14, 2009

Jemputan ke Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil

Assalamualaikum,

Saya sekeluarga ingin menjemput warga Taman Saga Emas untuk datang ke rumah saya bagi bacaan Yaasin & Tahlil

Rumah : No. 6, Jalan Saga Emas 2
Tarikh : 16/05/2009 (Sabtu)
Masa : 12.00 pm – Bacaan Yassin & Tahlil
12.00 – 4.00 pm – Jamuan makan
Kehadiran tuan / puan amatlah dialu-alukan, terima kasih.

Salam Ikhlas,

Faizal & Fiza
013-3996956

Friday, May 8, 2009

Selamat Hari Ibu Buat Bakal Ibu dan Ibu-Ibu di TSE

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah p ada ..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila melatah sure terkeluar "oh mmaaakkkkau! "
Bila sakit, orang paling risau ada lah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada mas alah, yang paling risau.... mak
Yang mas ih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu mas ak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan ke mas kan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak


Bila berjaya, aku ceritakan p ada ....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan p ada ....mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak


Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah p ada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak


Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wan g untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah ti ada ..........

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....






Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong ke mas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si min danya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan min um, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu, memel uknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" p ada mukasurat yang sama ditulisnya.

"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kep ada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kep ada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

Kepada korang semua ingat 10 may 2009 nie,

call la mak ucapkan terima kasih mohon ampun kat “mak” mesti dia gembira kan ..

Mak..ibu..umi..mama.. mummy.. dia “mak” kita.