Wednesday, February 25, 2009

Sudahkah Anda Jelaskan Cukai Taksiran MPKJ Anda?

Salam @ Salam Sejahtera Tuan/Puan,

Bagi penduduk yang masih belum menjelaskan cukai taksiran anda, sedikit peringatan dan panduan kepada anda:

1. Saya baru bayar pakai MB2u, sedikit panduan bagi yg pakai M2u. Kalau nak bayar payee Majlis Perbandaran Kajang tidak ada dalam registered bill, kena masuk ke open payment baru ada list MPKJ. Dekat bil number kena masukkan no bil lama BUKAN no bil baru.

2. Kalau kita tidak jelaskan cukai sebelumm 28 Februari ni, kena caj lewat bayar (jika cukai RM100<, denda RM3.00 , Jika cukai RM100>, denda 5% daripada jumlah cukai)

3. Kalau ada yg nak bayar cukai untuk setahun, boleh bayar di kaunter MPKJ sebelum 28 Feb 2009 akan dapat cenderamata istimewa. TAWARAN SAH SELAGI STOK MASIH ADA

4. Channel payment online lain:
citibank online
MBF online
AMEX Autobilling
Pos Online
HSBC Online
Semua Kaunter EON Bank
Semua PBT dan Pejabat Tanah Daerah Selangor

5. Kaunter MPKj Akan Dibuka seperti berikut:

BULAN
Januari & Julai - Bermula minggu ke-3
Februari & Ogos - Termasuk Cuti Am & Khas
Mac & September - Sehingga minggu ke-2

LOKASI BAYARAN : Ibu pejabat Menara MPKj
MASA KUTIPAN : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
CARA BAYARAN :
Tunai / Cek / MO /PO / Bank Draf
Bayaran cukai taksiran/ Cukai Tanah / Lesen / Kompaun dan lain-lain

TERIMA KASIH KERANA MENJELASKAN CUKAI TAKSIRAN ANDA!

Tuesday, February 24, 2009

Ringkasan Keputusan/Makluman/Hebahan Mesyuarat Persatuan TSE Bilangan 1 2009

Salam / Salam Sejahtera Tuan/Puan,

Maaf kerana lewat paparkan keputusan mesyuarat persatuan bil 1 2009. Disertakan untuk makluman Tuan/Puan. tarikh dan tempat mesyuarat akan disahkan melalui SMS pada hari Jumaat nanti tertakluk kepada pindaan terkini. Terima kasih.

1. Aktiviti rondaan siang masih diteruskan. Banyak kes kecurian sekitar Kajang melibatkan kecurian disiang hari. Oleh itu, semua penduduk diminta lebih berhati-hati menjaga keselamatan rumah dan harta benda kawasan sekitar rumah masing-masing terutamanya disiang hari.

2. Dimaklumkan berlakunya kes kecurian di rumah En Shahrul Asmadi (No 13 Jalan Saga Emas 3) pada 21 Januari 2009. Terdapat satu laporan kehilangan kerusi jati yang diletakkan dalam kawasan laman rumah Tuan ASP Saiful No 3 jln 1 telah dicuri pada 30/01/2009 (Jumaat tengahari).

3. Dimaklumkan seramai 8 hingga 10 orang penduduk telah secara sukarela untuk membuat rondaan malam bermula 23/1/09 hingga 27/1/09 (Jam 12 tengah malam hingga 5 pagi) sepanjang tempoh cuti perayaan Tahun Baru Cina. Tahniah dan terima kasih kepada yang terlibat dan diharapkan agar dapat diteruskan pada setiap musim perayaan.

4. Pengerusi memaklumkan cuti tanpa rekod boleh dipohon oleh mana-mana penjawat awam yang terlibat dengan rondaan malam setelah persatuan ini didaftarkan dengan rasmi.

5. Mesyuarat dimaklumkan kutipan yuran bulan Januari (sehingga mesyuarat bil 1 2009 bermula) adalah sebanyak RM 270.00 (9 ahli bayar).

6. Mesyuarat bersetuju agar ahli-ahli di blok masing-masing mengambil inisiatif berjumpa dengan Ketua Blok yang telah dilantik bagi memudahkan urusan kutipan yuran dan sebagainya.

7. Mesyuarat bersetuju agar urusan Pendaftaran persatuan disegerakan.

8. Mesyuarat bersetuju agar urusan pembukaan akaun diselesaikan bagi memastikan semua wang kutipan yuran disimpan di bank.

9. Mesyuarat bersetuju Hari Keluarga TSE 2009 dibuat selepas cuti sekolah Mac nanti. Pindaan ini dibuat kerana mengambil kira penghuni yang balik kampung dan menghadiri kenduri perkahwinan sepanjang tempoh cuti sekolah Mac nanti. Oleh itu, Hari Keluarga akan dibuat pada hujung minggu selepas cuti sekolah iaitu pada Ahad 29 Mac 2009.

10. Mesyuarat bersetuju untuk melantik En Mohd Nizam sebagai seorang lagi AJK Sukan. Mesyuarat berkala akan dibuat selepas mesyuarat persatuan selesai. Walau bagaimanapun, semua ahli yang hadir boleh memberikan pandangan dan komen berkenaan pelaksanaan Hari Keluarga TSE 2009.

11. Mesyuarat memutuskan untuk memilih Syarikat Katering bagi menguruskan makan minum semasa hari keluarga nanti. Cadangan ini dipersetujui bagi memudahkan perancangan majlis. Cadangan mempelbagaikan aktiviti untuk kanak-kanak bagi memeriahkan majlis dan acara tersebut perlu disesuaikan dengan peringkat umur anak-anak di TSE.

12. Cadangan sambutan Hari Keluarga di luar TSE seperti di Pantai Port Dickson / mana-mana lokasi ditolak untuk menjimatkan kos. Cadangan ini mungkin boleh dilaksanakan pada masa akan datang.

13. Mesyuarat dimaklumkan gangguan anjing liar pada sebelah malam adalah di luar bidang kuasa MPKJ. Oleh itu, semua penduduk dinasihatkan mengambil inisiatif untuk menutup pagar rumah masing-masing dengan jaring tambahan.

14. Mesyuarat diingatkan sekali lagi bahawa persatuan bersedia memberi insentif dalam bentuk membiayai bayaran program ini (RM30 setahun) sekiranya mana –mana ahli persatuan membayar yuran berterusan setiap bulan bermula Januari 2009 hingga Disember 2009.

15. Mesyuarat memutuskan lorong belakang (keluar-masuk) di blok masing-masing akan ditutup dengan gril dan kunci akan diserahkan kepada semua rumah yang terlibat. Walau bagaimanapun, kos pelaksanaan ini akan ditanggung oleh rumah yang terlibat. AJK persatuan perlu dapatkan tiga sebut harga yang terlibat dan memilih sebut harga terendah untuk dilaksanakan.

16. Mesyuarat bersetuju untuk menutup laluan keluar masuk di sebelah rumah No 15 Jln Kajang Mulia 1 dan jalan di belakang nursery dengan segera agar hanya satu jalan keluar masuk sahaja di TSE. Kos yang minimum sahaja diperlukan kerana pengerusi bersedia menderma 2 unit gril pagar beliau untuk tujuan keselamatan TSE.

17. Cadangan perkhidmatan kawalan keselamatan tidak dipersetujui kerana prestasi kutipan yuran yang kurang memuaskan. Cadangan ini mungkin akan dilaksanakan setelah mempunyai sumber kewangan yang stabil.

18. Cadangan mewujudkan pelekat kenderaan dipersetujui. Tempahan 100 pelekat kenderaan pertama boleh dilaksanakan dan akan diuruskan oleh En Azrul.

19. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari. Mesyuarat seterusnya pada Sabtu
28 Februari 2009 bertempat di rumah Timbalan Pengerusi Persatuan (no 6, Jln Kajang Mulia 1) jam 10.30 pagi.